Sunday, July 10, 2011

DAJJAL MUNCUL?

assalamualaikum dan hai.Saya nak kongsi sikit cerita.Saya tak berapa sihat hari ni.tapi saya akan teruskan topik hari ini.
Pernahkah anda mendengar pasal DAJJAL?ni serba sedikit ciri fizikal DAJJAL (MENGIKUT HADIS)

  • lelaki pendek,gempal dan matanya rosak.
  • diberi kebolehan menurunkan hujan di daerah kering jika penduduk mengaku beriman kepadanya.
  • daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah.
  • bagi daerah yang tidak mahu mengaku dajjal sebagai tuhan,akan berada dalam kebuluran & kesusahan.
  • digelar AL-MASIHI AD-DAJJAL kerana matanya rosak dan mempunyai kebolehan luar biasa menghidupkan orang mati.
  • DI dahinya tertulis perkataan kafir yang boleh dibaca umat Islam.
  • mampu menjelajah seluruh pelosok bumi dalam 40 hari.
  • kepantasannya diibaratkan seperti awan atau hujan yang dipukul angin kencang.
Berhati-hatilah dengan dajjal.Orang yang beriman sahaja yang terselamat daripada pengaruh dajjal.


DAJJAL mempunyai pengaruh yang kuat.

Ada satu hadis yang menyatakan kedudukan dajjal di Laut Syam atau Yaman dan akan datang dari arah timur.Sementara hadis yang diriwayatkan Tirmizi,menyatakan Rasulullah S.A.W.
bersabda bahawa dajjal akan muncul dari arah timur bernama KHURASAN.
 
sementara bagi penganut Kristian,dajjal disebut sebagai 'AntiChrist' yang muncul sebagai pemimpin gabungan bangsa akhir zaman menentang Allah SWT manakala di kalangan puak Yahudi,dajal dikenali sebagai Armilus  yang dikatakan menyerang dan menakluk Baitulmaqdis serta menganiayai,membuat mereka berdepan penderitann paling teruk.

Bagi Yahudi,Armilus adalah pemimpin  yang akan muncul pada akhir zaman dan akan dikalahkan oleh Nabi Isa A.S.

berita kelahiran bayi bermata SATU tidak sepatutnya disalah faham kerana salah satu hadis menegaskan dajjal sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad SAW yang usianya dipanjangkan ALLAH untuk muncul semula pada akhir zaman dengan izin ALLAH untuk menguji iman manusia.
Hadis juga menjelaskan dajjal adalah manusia biasa yang diberikan kekuasaan luar biasa ALLAH.

ni gambar bayi mata satu

                                                bayi bermata satu yang dilahirkan di Israel pada 2009.

                                             bayi yang dilahirkan di India,Mac lalu dan meninggal dunia sehari                  kemudian.



sehubungan itu,daripada terpedaya dengan berita yang belum ditentukan kesasihannya serta mempercayai tanpa usul periksa penyebaran video,lebih baik jika umat Islam mengikut panduan Rasulullah SAW untuk mengelakkan fitnah dajjal iaitu menghafal 10 ayat pertama dan terakhir SURAH AL-KAHFI selain doa yang dibaca sebelum memberi salam setiap kali selepas solat  yang bermaksud:"Ya Allah,aku berlindung     dengan-Mu dari azab neraka jahannam,azab kubur,ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-masihi ad-Dajal.
kalau nak maklumat tambahan mengenai dajjal, layari:http://zharifalimin.blogspot.com